CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DOAKU UNTUKMU...

Kehadirannya...sumber kekuatanku...


Slideshow

Monday, March 2, 2009

Cinta???

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).Mengapa bercinta?Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai teman :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan?

Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?
* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut pun tak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.Apabila perhubungan cinta mulai 'berkelap kelip' - mulalah akan berfikir semula, akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?
* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidungnya atau kacak wajahnya?
*Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama.

Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?

* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat.

Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?
* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.
Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?
* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?
Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta
* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan.

Sikap Matang Dalam Mencari CintaWahai Teman...menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?).
Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Telusurilahlah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta. Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batasan syarak. Maka silalah untuk bercinta. Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka??

Wednesday, February 25, 2009


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya, “Mengapa engkau menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata,"Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis.
Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:
1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya." Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."


















erm...nak tau tak jejaka hensem ni saper???
diela...satu2nye abang yang paaaling saya sayang dalam dunie ni...after my parent...n these gurls r my loving sisters...cun kan!! macam adik dier...hehe...('',)

Wednesday, February 4, 2009

Renungkanlah wahai teman...


“Lia, jomlah pergi usrah Lia, jomlah berdakwah Lia, ummah semakin koyak Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya.”
“ Aku tidak mahu. Aku kena study! Markah semester lepas dah cukup teruk. Gara-gara dakwah, tarbiah dan program! Aku menyesal mengikuti semua itu. Bosan!! Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke islam tu syumul? Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah! Esok kalau dah berjaya, aku buatlah kerja dakwah tu. Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku, kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam.
“ Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit ...”“Jongkang jongkit?
Apa kau merepek ni? ““Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongkit. Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah. Tu bukan dakwah namanya. Dan tu bukan belajar namanya!”
“ Habis tu? Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus. Tak boleh inversely proportional.”“ Apa maksud kau?”“ Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya”“Aku tidak faham!”
“ Tak pe, aku terangkan. Macam gini, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang mitokondria misalnya, boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria tu. Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri. Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta. Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah. Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah. Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja. Sebab apa? Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu”.
“ Aku tak pernah rasa semua itu. Lain tuh! Selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?”“ Tak, itu bukan maksud aku! Cuma kena checklah sikit hati tu. Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah.
“ Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?”“ Ok, aku berikan contoh. Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, terdetik tak kat hati, banyak lagi yang tidak habis belajar. Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi! Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati. Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah. Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya. Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.“ Lia dah faham.
Lia kena banyak muhasabah. Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah Lia yang tahu hukum berdakwah tapi tidak mengerjakan kerja tersebut”
“Lia, sahabatku, seorang ibu pernah mengatakan, aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam. Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku. Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah. Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya.
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah, Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna dan kedua kisah sahabatku di Indonesia. Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama. Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini. Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna bukan? Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah.
Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya. Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna; itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik. Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah.
Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah ;
Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya? Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya!
Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab;
‘Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.’

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini Aya. Aya memerlukan tongkat untuk berjalan. Aya tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan Aya, dia ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah. Keinginan Aya tercapai. Bila Aya belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila Aya berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila Aya menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila Aya mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.
Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu Aya berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan Aya dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Dengan kecacatanya, Aya masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum? Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah. Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.
Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan. Umat Islam harus meningkat. Hidup ini tiada erti tanpa perjuangan. Perjuangan yang sebenar pasti meninggalkan parut dan memerlukan pengorbanan. Kata Saidina Umar,
Tegakkan Islam dalam dirimu,nescaya akan tertegak Islam di bumimu!!!